Thursday, February 11, 2010

Kelebihan dan Kekurangan Web 2.0

Walaupun web 2.0 merupakan perkara baru dalam dunia internet namun kelebihan dan kelemahannya turut dipertikaikan. Kelebihan wee 2.0 jels dapat dilihat oleh kita melalui servisnya. Web 2.0 adalah servis yang sangat efektif.Ianya berbeza dengan media konvensional yang pada umumnya perlu berbelanja mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget dan kadar bayaran yang efisien. Web 2.0 mampu membuat jaringan sosial yang terus membesar serta saling berhubungan.

Pengkontrolan unik Web 2.0 menjadikan konteks Web 2.0 semakin kaya, seiring bertambahnya jumlah pengguna. Jika dulu pengguna website menjadi pembaca, dengan konsep Web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis, termasuk juga mengontrolnya. Dengan kata lain, Web 2.0 merupakan contoh demokrasi “dari rakyat untuk rakyat.” Dalam hal ini terjalin kepercayaan antara penyedia Web 2.0 dan pengguna. Hal mengagumkan yang dihasilkan Web 2.0 adalah perkongsian pengguna tanpe mengenal identiti namun telah mampu bersama-sama memelihara perkembangan Web 2.0 dengan dasar kepercayaan para pengguna.

Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual. Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, entah mobile/handheld device, PC, ataupun server internet. Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaatan Web 2.0 dapat memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes.

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Namun dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Walaupun terdapat banyak kelebihan web 2.0, namun kelemahannya juga turut dipertikaikan. Antara kelemahan web 2.0 dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Dengan adanya RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi menjadi sebahagian isi kepada blog yang lain. Terlepas dari itu semua, ternyata web 2.0 mempunyai kelemahan didalamnya yang memungkinkan seseorang dapat memporak-perandakan aplikasi web 2.0 tersebut.

No comments:

Post a Comment